PERHATIAN: Khas untuk Mereka yang ingin Belajar Diagnosis & Merawat Diri Sendiri kerana sudah penat berubat merata tempat, habis banyak duit dan pelbagai kaedah rawatan dah cuba buat, tapi gangguan jin masih tetap ada sehingga hari ini. Anda wajib belajar kaedah ini kerana 100% Mengikut Panduan Al-Quran & As-Sunnah!!


3786++ MANGSA GANGGUAN JIN YANG KINI FOKUS MERAWAT DIRI SENDIRI MENGIKUT PANDUAN SUNNAH NABI

Dengan Izin Allah, sakit gangguan akan berkurang dan paling penting jiwa makin tenang setelah memahami konsep sebenar PENGUBATAN ISLAM.

Kami akan bongkar RAHSIA 560 Jenis Perangkap Syaitan yang selama ini kita tidak sedar dan paling penting siap sekali dengan praktikal KAEDAH MERAWAT DIRI SENDIRI

Penat BERUBAT tapi Ganguan Masih Ada?

Sebab sebelum ni hanya bergantung harap kepada perawat semata-mata dan tak pernah tahu kaedah Merawat Diri Sendiri Mengikut Panduan Al-Quran & As-Sunnah. Jangan Risau!! Mulai saat ini azamlah untuk belajar dan mulakan. Rasai sendiri perubahannya...

Mobirise

Apa kata mereka yang baru lepas belajar Merawat Diri Sendiri

Alhamdulillah, Dengan Izin Allah, Setelah faham konsep, pasti anda terkejut kerana sangat mudah sebenarnya Merawat Diri Sendiri mengikut panduan Al-Quran & As-Sunnah.
Anda Juga Kami Siap Sedia Bantu Sehingga Allah Izinkan Sembuh Sepenuhnya!
Bismillah. Betulkan niat anda untuk cari redha Allah, pasti akan dipermudahkan segala-galanya...

Sebelum belajar reaksi beliau kaki bergerak-gerak seperti ular dan tangan menari-nari seperti ulik mayang

3

Ciri-ciri Mangsa Gangguan Jin Yang WAJIB mula belajar Merawat Diri Sendiri.

Ini kerana kami hanya ingin fokus kepada mereka yang serius dan bersungguh-sungguh sahaja. Bukan hanya sekadar nak cuba-cuba atau terpaksa belajar untuk nak sembuh semata-mata. Bukan jenis nak Allah sembuhkan tapi diri sendiri tak nak berubah tinggalkan maksiat dan tak nak bertaubat. Tak sedar diri bahawa kita semua hamba Allah mesti kena ikut segala peraturan Allah dan jauhi larangan Allah!
01.

Dah Nak Putus Asa...

Perasaan ini biasanya akan datang setelah anda berkali-kali kecewa kerana berharap akan sembuh selepas rawatan tapi rupanya terus diganggu jin berulang kali sehingga ke hari ini.

02.

Dah Keliru Kaedah Pengubatan Islam...

Keliru kerana setiap kali anda pergi jumpa perawat, pasti akan ada perbezaan cara rawatan yang digunakan. Setiap perawat biasanya akan guna bahan-bahan tertentu dan anda tak dapat bezakan mana satu yang sebenar-benarnya mengikut panduan Al-Quran & As-Sunnah.

03.

Dah beramal macam-macam...

Pantang ada amalan yang dikongsikan tujuan untuk halau jin, anda bersemangat terus akan amalkan bersungguh-sungguh tapi anda semakin pelik kerana gangguan jin masih ada juga.

Allah izinkan kita sakit,
hanya Allah yang akan sembuhkan kita!

Sedangkan orang belum Islam pun Allah izinkan sembuh...

Meruqyah Non-Muslim

Tiada khilaf dikalangan para ulama’ bahawa seorang muslim boleh meruqyah orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Al-Bukhari[1] dan Muslim[2] daripada Abu Sa’id al-Khudri RA yang mana secara ringkasnya terdapat sebahagian sahabat Nabi SAW yang keluar bermusafir lalu apabila tiba di sebuah perkampungan Arab pada waktu malam, maka mereka meminta untuk bermalam namun ditolak permintaan mereka itu.

Ketua kampung telah terkena patukan ular/disengat kala jengking dan orang kampung tersebut meminta bantuan dari kumpulan sahabat Nabi SAW tersebut dengan berharap mereka mempunyai sesuatu yang dapat menyembuhkan ketua kampung mereka namun ditolak sebaliknya mereka akan membantu sekiranya diberi upah. Kemudian salah seorang dari sahabat membacakan ruqyah iaitu Surah al-Fatihah dan dengan izin Allah SWT sembuhlah ketua kampung itu.

Kisah ini diceritakan kepada Rasulullah SAW sekembalinya mereka dan Rasulullah SAW tidak mengingkarinya dan ketua kampung yang dibacakan ruqyah kepadanya itu adalah dari kalangan orang yang bukan Islam.

Rujukan:
[1] Sahih al-Bukhari. Kitab al-Ijarah. Bab Ma Yu’ta fi al-Ruqyah ‘ala Ahya’ al-‘Arab bi Fatihah al-Kitab. No. Hadith: 2276
[2] Sahih Muslim. Kitab al-Salam. Bab Jawaz ‘Akhzil Ujrah ‘ala al-Ruqyah bi al-Quran wa al-Azkar. No. Hadith: 2201.

© Copyright 2018 Qalbun Resources. All Rights Reserved.

Made with Mobirise - Go here